Monday 2 December 2013

Muhasabahlah Dirimu

Assalamualaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah, syukur diatas nikmat iman dan Islam yang masih dikurniakanNya untuk kita kecapi.

.
Sejenak mari kita berhenti pada sebuah titik perenungan. Memahami setiap episod kehidupan yang sudah kita lalui dan sedang kita jalani. Menyedari betapa Allah SWT telah memberikan begitu banyak kurnia dan kenikmatan kepada kita. Meyakini bahawa sesunggunya apa yang terjadi dalam hidup kita adalah diatas kehendak dan kuasa Allah SWT. Dari situlah kita akan mula memperoleh begitu banyak pengajaran kehidupan yang tidak mampu kita perolehinya di dalam sebuah buku ataupun dibangku kuliah.

Kesedaran bahawa kita adalah makhluk yang lemah, hina dan berlumur noda. Kita bukannya super hero yang mampu melakukan apa juga yang kita mahu. Ada batas-batas sunatullah  (ketetapan Allah) yang tidak mampu kita tembusinya. Kita juga bukan manusia suci yang tidak pernah luput dari kesalahan. Maka sedarilah diri ini mungkin bukan apa-apa dimata Allah. Seperti apa yang sudah Allah wasiatkan dalam surat cinta-Nya, 

''Hendaklah setiap diri memperhatikan (melakukan introspeksi) tentang apa-apa yang telah diperbuatnya untuk menghadapi hari esok (alam akhirat) dan bertakwalah, sesungguhnya Allah maha tahu dengan apa yang kamu perbuatkan''. (QS. Al-Hasyar: 18)

Pada hakikatnya Allah tidak memerlukan semua amalan ibadah kita, termasuk solat kita, Allah tidak perlu puasa kita, zakat kita bahkan haji. Hakikatnya kitalah yang memerlukannya. Kita yang memerlukan itu semua untuk menggapai kemulian di sisi-Nya. Kerana tanpa ibadah yang kita lakukan, Allah sendiri sudah mulia, maka jangan jadikan sebuah beban setiap amalan yang kita lakukan, akan tetapi nikmati dan resapi.

Bersyukurlah terhadap nikmat keimanan yang masih Allah sematkan dalam hati-hati kita. Keimanan yang masih Allah hembuskan  dalam setiap hembusan nafas kita. Walau orang lain tidak pernah tahu seberapa kadar keimanan itu, akan tetapi Allah maha tahu. Semakin tinggi tahap keimanan seseorang maka akan semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah dan rasulNya. Harta, pangkat dan darjat yang dimiliki akan dijadikanya wasilah untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mereka yang memiliki kecintaan yang besar kepada Allah dan rasulNya akan sentiasa menjaga iman dan berusaha untuk meningkatkan tahap keimanan itu. Adalah menjadi satu kerugian yang besar jika setiap waktu yang sudah kita lalui namun tahap keimanan kita tidak bertambah. Seperti sabda baginda Nabi SAW, "Barang siapa yang keadaan amalnya hari ini lebih teruk dari hari kelmarin, maka ia terlaknat. Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin, maka ia termasuk orang yang rugi. Dan barang siapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin, maka ia termasuk orang yang beruntung." (HR. Bukhari)

Sebuah penghargaan yang luar biasa dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang dapat merasakan manisnya keimanan. Anugerah yang luar biasa bagi kita sebagai makhluk yang penuh keterbatasan mampu mendapatkan semua itu. Itulah keadilan dan kasih sayangnya Allah yang akan membalas setiap amalan hambanya walau sekecil biji zarah pun.



Saturday 8 December 2012

~TiNta Sang MuRaBBi~


Assalamualaikum Warahmatullah..

Sebagai peringatan dan pedoman buat diri sendiri serta sahabat-sahabat seperjuangan..Semoga ianya mampu menjadikan kita hamba yang bersyukur di atas segala nikmat dan rahmatnya serta  patuh kepada segala titah perintahNya insyaAllah..


:: Pesan Imam al-Ghazali :: 

::Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa..


::Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..


 
::Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..


::Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan MENGETAHUI..


::Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...



::Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir SELAMA-LAMANYA..
 

WALLAHU A'LAM...





Friday 7 December 2012

Detik Bermuhasabah Diri

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan sifat semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”


Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslim  ialah:
-  Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari dan disebarkan?
-  Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?-  Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan dan digunakan?
-  Sudahkan anak-anak dan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
-  Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?-Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?



Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan ianya boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:

1.     Akal boleh hilang disebabkan marah

2.     Agama boleh hilang disebabkan dengki
3.     Malu boleh hilang disebabkan tamak
4.     Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

 Manusia akan menghadapi empat penarikan:

1.     Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
2.     Para ahli waris akan menarik hartanya
3.     Ulat akan menarik tubuhnya
4.     Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”


Dari Ali r.a yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:

1.     Memberi maaf pada waktu marah
2.     Suka memberi pada waktu susah
3.     Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
4.     Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”


Dari Hatim al-Asom yang bermaksud: “Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1.     Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
2.     Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3.     Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
4.     Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”


Sabda  Rasulullah S.A.W lagi dalam hadis baginda:

“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.

Jadi,persoalan yang ingin ditimbulkan di sini, adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Sama-samalah kita bermuhasabah diri selagi masih punya ruang sebelum dipanggil pergi mengadap Ilahi yang mana pada ketika itu,rasa penyesalan sudah tidak berguna lagi...


Wallahualam.

Wednesday 21 March 2012



"Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu"  Ali-Imran : 120.


S.A.B.A.R..Ungkapan yang semua orang boleh menyebutnya tetapi hanya yang terpilih sahaja yang mampu beramal dengannya.Orang yang mampu bersikap sabar dalam menghadapi apa jua keadaan dan situasi, akan beroleh dua kelebihan, iaitu akan bebas dari berkeluh kesah dan penderitaannya di dunia, kemudian bebas dari dosa dan seksaan di akhirat.

Bagi golongan yang tidak menghayati sifat sabar ini, mereka akan kehilangan semua manfaat dan menemui pelbagai bahaya. Ini  kerana mereka tidak bersabar dalam melaksanakan beratnya ketaatan, lalu tidak melaksanakannya. Demikian juga, mereka tidak bersabar menjauhi kemaksiatan, lalu termasuk ke dalamnya, dan juga tidak sabar menghadapi musibah lalu terhalang dari memperoleh pahala kesabaran.


Teringat pada satu kata-kata bijak pandai: “ Kehilangan kesabaran menghadapi musibah adalah lebih berat daripada musibah itu sendiri”.



Lalu apa gunanya sesuatu yang dapat melenyapkan apa yang sudah ada dan tidak dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang? Oleh itu, jika kita telah kehilangan salah satunya, usahakan supaya tidak  kehilangan sebahagian yang lain yang masih menjadi milik kita. Jelaslah betapa mahalnya harga sebuah kesabaran dalam diri seorang insan.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. pernah menziarahi seorang lelaki yang ditimpa musibah lalu berkata kepada lelaki tersebut: “ jika kamu bersabar, maka takdir Allah akan berlaku padamu dan kamu diberi pahala. Jika kamu mengeluh, maka takdir Allah akan berlaku juga padamu dan kamu menanggung dosa”.

Indahnya sabar kerana ia adalah bunga-bungaan dari keimanan kita yang sebenar. Harumannya adalah kepasraan memandang baik terhadap segala keputusasaan disamping menyakini segala hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa  melambangkan kepuasaan terhadap qada dan qadar Tuhan.

Dengan kesabaran juga mampu  menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt kerana tanpanya, amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianNya kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar.


“Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar....Mereka yang sabar itu akan diberi dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka....” al-Qashash : 54

Sebenarnya tidak ada yang paling sukar di dalam dunia ini selainbersabar kerana  sabar itu merupakan satu kerja yang unik seperti menahan keinginan terhadap sesuatu ataupun apa saja yang kita ingini.

Sabar juga amat diperlukan dalam konteks menyampaikan dakwahtertutamanya apabila berhadapan dengan sasaran dakwah yang degil dan keras kepala. Ada di antara mereka tidak mahu menerima nasihat dan teguran, lalu berkata: “ Apa kau peduli? kubur kita lain-lain.....dosa tanggung sendiri..” Tapi mereka lupa yang memandikan jenazah mereka siapa ? menyembayangkan jenazah, membacakan Yassin...Siapa?....Orang lain bukan?

Nah! Ertinya sabar itu, perlukan hati dan jiwa yang kental untuk menghadapi segala ujian seperti ini. Kadang-kadang ianya menyakitkan hati dan boleh menyebabkan kita jadi marah.Ianya adalah cermin keperibadian seseorang, yang melambangkan kekuatan jiwa menempuh semua masalah yang kita hadapi.Hanya dengan bersabarlah kita boleh menempuhi semua kejayaan!

Thursday 12 January 2012

Dakwah:Wise Words,Beautiful Preaching


..Bila sebut pasal dakwah,masing-masing pemilik telinga yang mendengarnya akan mula menterjemahkan dengan tafsiran yang pelbagai.Ada yang mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jemaah tabligh yang berjubah,berserban dan sebagainya.Ada juga yang terdetik di hati mengatakan ‘ah,ni bukan keje aku.aku dalam bidang undang-undang.Bagi jela kat ustaz ustazah yang belajar dalam bidang ni’. Rata-rata dalam kalangan masyrakat kita msih terlalu jumud pemikiran mereka bila membicarakan berkaitan dakwah ni. Kenapa?Kerana mungkin mereka menganggap kerja-kerja dakwah ni urusan orang yang belajar dalam bidang agama sahaja.
 
Hakikatnya,mereka lupa bahawa title muslim yang ada di bahu mereka tu merupakan lesen yang sah yang membolehkan mereka dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan dakwah. Ada juga yang merasa tidak layak untuk buat kerja ni.Mungkin kerana mereka menganggap kerja dakwah tu satu tugas yang berat,yang memerlukan orang yang pakar sahaja. Inilah diantara persepsi orang kita yang harus dikikis.

Dakwah ni sebenarnya milik semua orang.Semua yang mengaku beragama Islam wajib buat kerja ni.Buat ikut kemampuan masing-masing.Tak berat pun.Jangan anggap kerja dakwah ni memerlukan kita mengorbankan kerjaya lain. Ni semua tanggapan yang langsung tidak berasas.

äí÷Š$# 4n<Î) È@‹Î6y y7În/u ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# ( Oßgø9Ï»y_ur ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& 4 ¨bÎ)y7­/u uqèd ÞOn=ôãr& `yJÎ/ ¨@|Ê `tã ¾Ï&Î#Î6y ( uqèdur ÞOn=ôãr& tûïÏtGôgßJø9$$Î/ ÇÊËÎÈ  
serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Berdasarkan ayat dari Surah al-Nahl:125 tu,Allah telah gariskan 3 pendekatan dakwah yang harus dijadikan panduan iaitu:

1.Hikmah dan nasihat yang bijaksana
2.Contoh teladan (qudwah) dan kekuatan (quwwah)
3.Mujadalah (Dialog,Perbincangan,Debat)

Sebelum menjalankan tugas menyampaikan dakwah,langkah pertama yang harus diambil ialah mengenalpasti sasaran dakwah.Kali ini, kita akan fokuskan kepada masyarakat orang asli sebagai sasaran dakwah (mad’u). Pendekatan dakwah yang digunakan haruslah berbeza mengikut sasaran dakwah. Kita tidak boleh menggunakan pendekatan atau metod yang sama sahaja tanpa mengira mad’u kita. Dakwah adalah subjektif dan boleh disesuaikan mengikut keadaan dan situasi yang pelbagai.
 
Untuk masyarakat orang asli, apa yang kita perlu tahu berkaitan mereka ialah:

1.Mereka memandang tinggi terhadap kita,Melayu,dan Islam.
2.Mereka mempunyai pantang larang yang tersendiri yang mesti diikuti.
3.Mereka amat mudah untuk didekati.


Antara pendekatan dakwah yang sesuai diguanakan untuk masyarakat ini ialahpendekatan hikmah dan nasihat yang bijaksana,serta contoh teladan (qudwah) dan kekuatan (quwwah). Ape yang patut  kita buat? Disini disertakan beberapa panduan untuk memudahkan kita mendekati masyarakat ini.

1.Jangan takut untuk menyebut berkaitan Islam atau memulakan dakwah terhadap mereka. Kerana mereka tidak akan marah atau bertindak agresif terhadap kita meskipun mereka tidak mahu menerima agama Islam. Inilah antara kelebihan yang ada pada orang asli. Walalupun mereka tidak mahu mengikuti dakwah kita, tapi mereka tetap menghormati kita. Berdasarkan pengalaman, walaupun mereka menolak ajakan kita, ianya dilakukan dengan penuh beradab dan sopan santun.

2.Cuba mulakan dengan menyebut perkara-perkara yang baik dan yang boleh mendatangkan ketenangan pasal Islam. Contohnya pasal syurga,pahala, dan sebagainya. Sebaliknya jangan terus bangkitkan pasal dosa, neraka, tak boleh makan daging khinzir, dan lain-lain. Gunakan pendekatan psikologi dakwah dalam menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Islam.

3.Masyarakat ini amat menghormati kita. Mereka juga menganggap seolah-olah kita berada di tahap yang lebih tinggi dari mereka.Jadi, kita perlu bijak bertindak supaya jurang yang mereka anggap wujud antara kita dan mereka dapat dibuang dan dikikis dari pemikiran. Bila mereka merasakan diri kita semakin dekat dengan mereka,mudahlah kita nak menyampaikan mesej dakwah pada mereka. Biasakan diri menyebut ungkapan ini: ‘kita semua ni sama sahaja,takde perbezaan’.

4.Elakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berkecil hati.Contohnya, kita mengatakan rumah mereka buruk ke, menunjukkan reaksi yang kurang senang bila menziarah rumah mereka, atau tidak mahu bersalam dengan mereka atas alasan tangan mereka kotor. Sikap seperti ini mesti dielakkan kalau kita nak mereka menerima dakwah kita.

5. Jangan terlalu syadid. Maksudnya disini, jangan terlalu bersikap keras dengan mereka. Dalam kalangan masyarakat mereka ni,biasanya yang sudah memeluk Islam pun masih kurang lagi dari segi penghayatan Islam. Contohnya, cara berpakaian. Jangan pulak terus marah mereka andai kata ada yang tidak bertudung. Fokus pada akidah dan pegangan terlebih dahulu. Lepas tu,baru la tegur dan ajar sikit-sikit pasal tu.

6.Cuba melakukan sesuatu perbuatan yang diorang suka. Contohnya, jika diorang suka tangkap ikan ke, masuk hutan ke,cuba ikut diorang sekali. Pada waktu petang pulak, jika diorang adakan acara sukan seperti sepak takraw, atau bola sepak, kita patut ikut sama.Kadang-kadang, dia akan ajak kita buat tarian sewang. Jadi, jangan pulak menolak dengan alasan malu atau sebagainya. Lagipun tiada salah kalau kita sama-sama bersewang dengan mereka. Menarik dan menggembirakan.Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka dengan kita.

7.Lagi satu, biasanya di rumah mereka ada binatang peliharaan seperti anjing, dan sebagainya. Jadi, elakkan diri kita daripada menunjukkan rasa takut terhadap haiwan tersebut (walaupun memang sebenarnya kita takut). Cuba wat muka tenang, rilek, dan selamba je. Jangan bimbang,kalau tersentuh pun, boleh disamak. Takde masalah kan??Demi dakwah..(^_^)

8. Last but not least, pastikan kita berhikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam ertikata ucapan yang selari dengan tindakan. Jangan jadi orang yang cakap tak serupa bikin. Kita suruh orang asli solat, tapi kita sendiri yang tak bangun solat subuh. Ni la diantara permasalahan yang amat perlu dititikberatkan jika kita nak dakwah kita tu berjaya.



Semoga garis panduan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak memberi informasi dan panduan yang berguna buat kita. Apa yang penting, berusahalah dalam menyampaikan dakwah. Kita sekadar menyampaikan.Soal ianya diterima atau sebaliknya, terletak pada tangan Allah untuk menentukan. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari mendengar mereka melafazkan syahadah...