2012 baru
menjeguk kita,bertanya khabar kita.Tanpa kita sedari,2011 telah pergi buat
selama-lamanya.Ye,pasti tidak akan kembali lagi.Tanpa sedar juga,usia juga dah
semakin meningkat.Rasa baru sahaja mengenal alam ni.Sedar tak
sedar,dah berada di usia yang semakin mematangkan diri.
Yang pasti,buku
lama perlu ditutup,lembaran baru harus dibuka.Walau apapun kisahnya sepanjang
365 hari yang lepas, namun sejarah tetap hanya tinggal sejarah.Tahun ni,ada agenda
yang mahu dicapai.Ada impian yang ingin dilakukan.Dan ada harapan yang nak
ditunaikan.Jika tahun lepas yang baru sahaja berangkat meninggalkan kita banyak
harapan dan impian yang masih belum dicapai, lain pula ceritanya untuk tahun
ini.

Muhasabahlah
diri. Fokus pada impian yang ingin dicapai.Jangan kerana kegagalan semalam,
hari ini dan esok yang menjadi mangsanya. Optimislah dalam menjalani hidup
untuk hari-hari berikutnya tanpa cepat melatah dengan kegagalan semalam.Siapa
yang tidak pernah gagal.Kegagalan adalah rukun dalam kehidupan.Apa guna kita
berjaya semalam akan tetapi kejayaan tersebut menyebabkan kita menemui
kegagalan pada hari ini.Kesannya,kita akan menderita di hari esok.
Fikirlah
positif.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah impian.Mulakan
hari-hari awal di tahun ini dengan keyakinan dan semangat yang jitu. Biarlah
gagal dengan begitu teruk semalam,asalkan punya harapan baru yang bisa menjanjikan
kejayaan yang berkekalan untuk hari esok. Fokus pada masa depan,jangan
teragak-teragak untuk berpaling lagi. Apa yang penting,gagal atau tidak untuk
tahun ni,kita sendiri yang menentukan.Semoga ada terselit sekelumit pengajaran
yang berguna di sebalik kegagalan semalam untuk kejayaan hari esok ...
No comments:
Post a Comment