
Di sebalik
kisah-kisah duka yang melibatkan golongan ini sejak kebelakangan ini seperti kes jenayah, ajaran sesat (black
metal) dan sebagainya, haruslah kita ketahui bahawa golongan ini sebenarnya
punya hati nurani yang cukup halus untuk kita dekati. Pendakwah seharusnya
bijak untuk mendekati golongan ini dengan mempelbagaikan pendekatan dakwah demi
memastikan golongan generasi Y ini mampu untuk menjadi golongan yang punya semangat
kental dan berani mempertahankan agama yang tercinta ini.
![]() |
Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Don Daniyal |
Antara
tokoh pendakwah masa kini yang boleh dijadikan ikon kepada kita dalam menawan
hati remaja untuk menerima dakwah ialah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal
Don Biyajid. Kedua-dua tokoh ini telah membuktikan betapa remaja pada zaman ini
masih berminat untuk menerima dakwah yang disampaikn asalkan kita punya
pendekatan yang sesuai dengan jiwa muda mereka.
Lihat
sahaja apabila adanya ceramah yang melibatkan kedua-dua ikon tersebut. Maka
sudah pasti kita akan dapat melihat majoriti daripada jemaah yang hadir terdiri
daripada golongan remaja. Ini menunjukkan bahawa remaja masih punya roh Islam
dalam diri mereka. Apa yang penting kepada kita ialah mencari pendekatan yang
sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan dakwah kepada mereka.
![]() |
Semakin ramai anak muda yang tertarik untuk ke masjid |
Seharusnya
pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua ikon tersebut dapat kita jadikan
contoh. Pendekatan yang santai namun bermanfaat serta padat dengan mesej
berguna amat sesuai untuk dipraktikkan sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh
Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don. Adanya
ikon seperti ini dalam menyampaikan dakwah seolah-olah telah mewujudkan
satu fenomena baru yang mengharukan dalam kalangan remaja.Apa
tidaknya,semakin ramai anak muda meluru ke masjid. Motor dan aweks sudah mula
ditinggalkan kerana mat rempit sudah bertaubat..
Sebaliknya,janganlah menjadi pendakwah yang berfikiran jumud yang sering menggunakan kekerasan dalam menyampaikan dakwah khususnya terhadap golongan remaja. Sekiranya pendekatan seperti ini masih diamalkan oleh pendakwah,maka sudah pasti golongan remaja akan semakin menjauhkan diri dari Islam. Kesannya, pendakwah itu sendiri yang akan gagal dalam menyampaikan mesej dakwahnya.
![]() |
Rancangan 30 Minit Ustaz Don, TV Alhijrah |
No comments:
Post a Comment