![]() |
Salah satu babak dalam video 'sembang rakyat' |
Kecoh satu
malaysia apabila tersebarnya video ‘Sembang Rakyat’. Apa tidaknya, video
yang cukup kontroversi itu dikatakan telah mengguris hati seluruh umat Islam
yang menontonnya.Video yang berdurasi selama
5minit 33 saat yang semakin luas tersebar di laman-laman sosial yang
berkisarkan tentang perbualan beberapa orang kampung ‘terlampau’ di sebuah
warung itu telah mempersoalkan kewajaran perlaksanaan ‘hukum hudud pas’. Video
itu juga antara lainnya turut menghina negeri Kelantan dengan berbagai dakwaan
yang diragui status kesahihannya. Belum dapat dipastikan siapakah pihak yang
bertanggungjawab diatas pembikinan video ini. Ana juga sempat menonton video
yang ‘hot’ ni. Pertama kali menonton, mengucap panjang ana dengan dialog-dialog
panas yang digunakan. Nak sebut pun, ana rasa macam tak sanggup pulak.Nanti
tercemar pulak laman blog ana ni dengan perkara-perkara negatif camtu.
Ana tak
pasti apa sebenarnya motif pembikinan video ni. Mungkin berunsur politik,
mungkin juga mahu menghentam salah sebuah negeri yang ditadbir pembangkang,
atau segalanya mungkin. Ana bukanlah mahu bercakap atas stage politik kerana
ana juga bukan politician walaupun ada jugak kecenderungan ana pada parti
politik tertentu.Biasala kan, sebagai remaja, kita berhak untuk menyokong
mana-mana pihak yang kita rasakan perlu.
Namun, isu ini harus dilihat sebagai isu agama
Islam. Semua pihak yang merasakan diri mereka ada kaitan dengan agama Islam
harus merasa terpanggil dengan pembikinan video kontroversi ini. Ana tak pasti siapa pengarahnya,siapa
penulis skripnya, dan siapa pula penyusun papan ceritanya,namun yang pasti ada
dikalangan pelakon dalam video tersebut adalah Muslim,beragama Islam. Siap ada
seorang pak cik yang berkopiah lagi.

Jadi,
setiap muslim bertanggungjawab untuk memastikan hukum Allah ni dapat terlaksana
dan ditegakkan. Kalau ye pun tidak sesuai untuk dilaksanakan di negara yang
bermasyarakat majmuk sebagaimana kata sesetengah orang tu, namun sebagai orang
islam, tetap perlu beriktikad bahawa hanya hukum hudud yang terbaik. Yang
paling terbaik dikalangan yang terbaik. Namun, bila tengok video ni, dengan
tanpa segan silu mereka menghina hudud Allah. Siap berkopiah lagi. Yang pelakon
perempuannya pulak,tak payah cakap la.Dengan aurat terpampang. Masing-masing
pakat nak tunjuk body walaupun dah tua berkedut. Pastu bercakap pulak pasal
agama.Entah-entah bersuci pun tak
sempurna lagi. Langsung tak sesuai bercakap pasal agama dalam keadaan macam itu.
Tidak kena pada tempatnya. Seolah-olah nak hantar surat,tapi pergi kat Balai
Bomba.
Bagi ana,
isu ni tidak perlu dipolitikkan. Cuba kita berdiri atas stage agama Islam dalam
mengupas isu ni.Ini dah dikira mempersendakan agama. Yang lagi
menyedihkan,orang Islam itu sendiri yang menghina agama mereka. Betul la kata
seseorang dulu, ‘Agama Islam tidak akan mampu untuk diruntuhkan oleh agama
lain, namun hanya orang Islam sendiri yang akan meruntuhkannya’.
Bila
timbulnya isu-isu macam ni, tiada pulak kedengaran mana-mana pihak yang tampil memprotes
sebagaimana yang mereka buat bila timbul isu-isu remeh sebelum ni. Bila orang
mempertikaikan bangsa Melayu, sibuk nak berdemonstrasi di masjid-masjid selepas
solat jumaat hinggakan mengganggu orang nak buat solat sunat. Tapi bila Islam
diejek dan dipermainkan, semua senyap membisu.
Seharusnya
hal-hal macam ni dipandang serius oleh semua pihak yang mendakwa memperjuangkan
Islam. Jangan biar non-Muslim melihat kita sesama islam saling berpecah,
kemudian mereka dengan tanpa rasa gentar mempersoalkan berkaitan agama kita.
Ana pasti dan yakin, jika keadaan macam sekarang ni berterusan, lama-kelamaan
orang bukan Islam akan berani untuk mengganggu gugat agama kita. Ingatlah,
agama kita terletak pada tangan kita untuk didaulatkan. Kenapa perlu wujud
video-video yang menghina agama seperti ini kalaupun atas dasar politik. Ana
tak pandai untuk berpolitik.Namun ana yakin bukanlah politik kotor seperti ini
yang harus kita perjuangkan hingga menggadaikan kesucian agama sendiri.
“Orang-orang beriman (mukmin) itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu
damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah
terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat 49 : 10)
Jangan kerana
politik kepartian, kita sanggup menjadikan agama sebagai bahan gadaian
semata-mata untuk mendapat apa yang diinginkan dan untuk menjatuhkan seteru
kita. Cukuplah segala apa fitnah yang dilemparkan sesama sendiri selama ni.
Pesanan buat diri sendiri dan sahabat seperjuangan, janganlah kita jadikan
ikutan dan role model terhadap golongan yang saling menjatuhkan sesama saudara
seislam dan yang sanggup melacurkan kepentingan agama demi untuk kepentingan
peribadi sebagaimana yang kita dapat saksikan
melalui video ini. Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmat
ilahi dan dilindungi oleh-Nya dalam berhadapan dengan dunia yang penuh fitnah
ini..
No comments:
Post a Comment