Saturday 24 December 2011

Antara Aktif,Super aktif, dan Pasif



Bagi  teman-teman yang bergelar ‘mahasiswa’ atau pernah diberi gelaran sedemikian,sudah pasti pernah  mendengar  slogan dalam kalangan mahasiswa: “ayuh mahasiswa”, “jadilah aktif,jangan jadi pasif”, “ilmu tidak hanya terdapat di bilik kuliah”, dan berbagai lagi yang mana labih kepada dorongan dan semangat kepada mahasiswa supaya bergiat aktif di alam kampus. Ye, alam kampus hanya sekali.,sebagaimana alam remaja. Bahkan, yang tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti selain daripada belajar di dewan-dewan kuliah dan lebih gemar menghabiskan masa terluang di bilik dengan berFB,Skype,Tweet,dan sebagainya seringkali dipandang negatif. Bagi golongan mahasiswa ini, alam pengajian selama 3 atau 4 tahun hanyalah untuk belajar sahaja. Selebihnya, masa dihabiskan di bilik dan juga di kafe. Aktiviti-aktiviti selain daripada itu seperti menyertai mana-mana organisasi atau persatuan hanyalah mengganggu waktu study mereka. Dengan kata lain,buang masa aje!



Bagi yang aktif berprogram pula, alam kampus bukanlah hanya perlu berada di dewan kuliah 24 jam. Tidak semua ilmu boleh didapati di dewan kuliah. Sesetengahnya hanya akan diperoleh melalui penyertaan dalam organisasi. Golongan ini cukup berbangga dengan banyaknya jawatan yang dipegang. Mana tidaknya,seorang pegang lebih daripada 3 jawatan dalam organisasi yang berlainan. Waktu hujung minggu mereka dihabiskan dengan berprogram. Bahkan, ada segelintir yang sanggup skip kuliah dan tutorial gara-gara nak kejar meeting. Mungkin hidup mereka seolah-olah tidak lengkap tanpa meeting atau program persatuan. Namun,golongan ini sebenarnya tidak kurang pentingnya dalam menggerakkan sesebuah organisasi dan mewarnai kemeriahan alam kampus.Ana bukanlah individu yang berfahaman kontra terhadap golongan ini.


Ana juga ada terlibat dengan organisasi(walalupun tidak banyak). Bagi ana, kedua-dua golongan ini punya pro dan kontranya yang tersendiri.


Namun, persoalan yang ingin ana bawa dalam penulisan kali ni  ialah, tidak kira la seorang mahasiswa tu aktif berprogram ataupun tidak, isunya di sini ialah, bila kita pergi ke masjid (khususnya solat 5 waktu), suasananya cukup sunyi sekali. Jika ada pun jemaah dalam kalangan mahasiswa, paling ramai pun 2 saff je. Disini timbul persoalan, dimana perginya kedua-dua golongan mahasiswa tersebut. Hanya muka-muka yang sama aje yang kelihatan di mana-mana masjid dan surau. Kaki-kaki masjid dan surau ini jugakla yang selalu ulang alik mengimarahkan surau-surau yang ada di kampus.


Persoalannya, dimana mahasiswa kita?Sibukkah berFB di bilik atau tiada masa untuk berjemaah gara-gara perlu attend meeting?Apa tidaknya, meeting start pukul 8 malam. Jadi mana nak sempat berjemaah isyak di masjid.Seolah-olah meeting dan ‘muka buku’ tu terlebih aula berbanding bertemu dan ber’dating’ dengan saudara seagama di masjid.



Sebagai mahasiswa yang punya ‘fikiran kelas pertama’, seharusnya persoalan ini sentiasa bermain di fikiran sambil-sambil tengah berchat di FB mahupun ketika bermeeting. Harus diingat, walau dalam golongan manapun kita berada samada yang aktif berprogram mahupun pasif, Tuhan tidak pernah memilih bulu dalam mengadili kita. Tanggungjawab kita terhadap agama tetap sama.Beruntunglah golongan mahasiswa yang mana sentiasa memakmurkan rumah-rumah Allah dan menjadikannya sebagai ‘rumah kedua’ selepas biliknya. Ana juga cukup respek dan kagum dengan segolongan mahasiswa yang punya istiqamah yang tinggi dalam mengimarahkan masjid dan surau. Ada dikalangan mereka yang dapat mentelaah kitab-kitab lama saban malam bersama guru-guru di masjid walaupun turut dibebani dengan ‘urusan kemahasiswaan’. Ada juga dalam kalangan golongan ini yang terdiri daripada mahasiswa yang memegang berbagai jawatan yang tinggi di peringkat universiti mahupun yang aktif berpesatuan. Jadi, apa alasan golongan yang sibuk bermesyuarat dan berprogram untuk tidak datang mengimarahkan masjid?fikir-fikirkan ye...


Penulisan ana kali ni bukanlah berniat untuk menghentam sahabat-sahabat mahasiswa yg aktif berprogram. Ana sendiri pun boleh dikatakan tergolong dalam golongan tu jugak.Jadi takkanla ana nak menghentam sahabat-sahabat seperjuangan ana.


Walau camane sibukkan kita, namun tanggungjawab terhadap agama jangan sekali-kali dilupakan. Tidak guna kita menjadi mahasiswa yang memegang berbagai jawatan, aktif berprogram,namun pasif ke masjid. Jadilah manusia amnya,dan mahasiswa khasnya, yang mengutamakan kepentingan agama melebihi segala-galanya. Setinggi mana sekalipun tahap pengajian kita, jangan lupa kita punya hak terhadap agama yang perlu ditunaikan. Pesanan khas buat diri ana sendiri dan juga buat sahabat seperjuangan. Jadi harapan ana moga lepas ni dapatlah kita bersama-sama menjadi golongan mahasiswa berfikiran kelas pertama yang aktif berprogram, super aktif berkuliah, dan hyper aktif ke masjid..Renung-renungkan dan selamat beramal..
Wallaua’alam.. (^_^)

No comments:

Post a Comment