Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan sifat semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”
Perkara-perkara yang perlu dihisab
pada diri setiap Muslim ialah:
- Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari dan disebarkan?- Sudahkan anak-anak dan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
- Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?-Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang
berharga dalam diri manusia dan ianya boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
1. Akal boleh hilang disebabkan marah
2. Agama
boleh hilang disebabkan dengki
3. Malu
boleh hilang disebabkan tamak
4. Amal
soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang
lain.
1. Malaikat
pencabut nyawa akan menarik rohnya
2. Para
ahli waris akan menarik hartanya
3. Ulat
akan menarik tubuhnya
4. Orang
yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat
iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang
bermaksud: “Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
1. Memberi
maaf pada waktu marah
2. Suka
memberi pada waktu susah
3. Menjauhi
yang haram pada waktu sunyi
4. Mengatakan
yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu
darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang
bermaksud: “Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan
nilainya iaitu:
1. Nilai
masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
2. Nilai
kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
3. Nilai
kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
4. Nilai
kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi dalam hadis baginda:
“Peliharalah titah
perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah
larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu
meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah
kamu memohon pertolongan dari Allah.
Jadi,persoalan yang ingin ditimbulkan
di sini, adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri? Sama-samalah kita
bermuhasabah diri selagi masih punya ruang sebelum dipanggil pergi mengadap
Ilahi yang mana pada ketika itu,rasa penyesalan sudah tidak berguna lagi...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment