..Bila sebut pasal
dakwah,masing-masing pemilik telinga yang mendengarnya akan mula menterjemahkan
dengan tafsiran yang pelbagai.Ada yang mula membayangkan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh jemaah tabligh yang berjubah,berserban dan sebagainya.Ada juga yang
terdetik di hati mengatakan ‘ah,ni bukan
keje aku.aku dalam bidang undang-undang.Bagi jela kat ustaz ustazah yang
belajar dalam bidang ni’. Rata-rata
dalam kalangan masyrakat kita msih terlalu jumud pemikiran mereka bila
membicarakan berkaitan dakwah ni. Kenapa?Kerana mungkin mereka menganggap
kerja-kerja dakwah ni urusan orang yang belajar dalam bidang agama sahaja.
Hakikatnya,mereka lupa bahawa title muslim yang ada di bahu mereka tu
merupakan lesen yang sah yang membolehkan mereka dipertanggungjawabkan untuk
menyampaikan dakwah. Ada juga yang merasa tidak layak untuk buat kerja
ni.Mungkin kerana mereka menganggap kerja dakwah tu satu tugas yang berat,yang
memerlukan orang yang pakar sahaja. Inilah diantara persepsi orang kita yang
harus dikikis.
Dakwah ni sebenarnya milik semua orang.Semua yang mengaku beragama Islam
wajib buat kerja ni.Buat ikut kemampuan masing-masing.Tak berat pun.Jangan
anggap kerja dakwah ni memerlukan kita mengorbankan kerjaya lain. Ni semua
tanggapan yang langsung tidak berasas.
äí÷Š$# 4’n<Î) È@‹Î6y™ y7În/u‘ ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# ( Oßgø9ω»y_ur ÓÉL©9$$Î/ }‘Ïd ß`|¡ômr& 4 ¨bÎ)y7/u‘ uqèd ÞOn=ôãr& `yJÎ/ ¨@|Ê `tã ¾Ï&Î#‹Î6y™ ( uqèdur ÞOn=ôãr& tûïωtGôgßJø9$$Î/ ÇÊËÎÈ
serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai
Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan
berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih
baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang
Yang mendapat hidayah petunjuk.
Berdasarkan
ayat dari Surah al-Nahl:125 tu,Allah telah gariskan 3 pendekatan dakwah yang harus dijadikan panduan
iaitu:
1.Hikmah dan nasihat yang bijaksana
2.Contoh teladan (qudwah) dan kekuatan
(quwwah)
3.Mujadalah (Dialog,Perbincangan,Debat)
Sebelum menjalankan tugas menyampaikan dakwah,langkah pertama yang harus
diambil ialah mengenalpasti sasaran dakwah.Kali ini, kita akan fokuskan kepada
masyarakat orang asli sebagai sasaran dakwah (mad’u). Pendekatan dakwah yang
digunakan haruslah berbeza mengikut sasaran dakwah. Kita tidak boleh
menggunakan pendekatan atau metod yang sama sahaja tanpa mengira mad’u kita.
Dakwah adalah subjektif dan boleh disesuaikan mengikut keadaan dan situasi yang
pelbagai.
Untuk
masyarakat orang asli, apa yang kita perlu tahu berkaitan mereka ialah:
1.Mereka memandang tinggi terhadap
kita,Melayu,dan Islam.
2.Mereka mempunyai pantang larang yang
tersendiri yang mesti diikuti.
3.Mereka amat mudah untuk didekati.
Antara
pendekatan dakwah yang sesuai diguanakan untuk masyarakat ini ialahpendekatan hikmah dan nasihat yang bijaksana,serta contoh teladan (qudwah)
dan kekuatan (quwwah). Ape yang
patut kita buat? Disini disertakan beberapa panduan untuk memudahkan kita
mendekati masyarakat ini.
1.Jangan takut
untuk menyebut berkaitan Islam atau memulakan dakwah terhadap mereka. Kerana
mereka tidak akan marah atau bertindak agresif terhadap kita meskipun mereka
tidak mahu menerima agama Islam. Inilah antara kelebihan yang ada pada orang
asli. Walalupun mereka tidak mahu mengikuti dakwah kita, tapi mereka tetap
menghormati kita. Berdasarkan pengalaman, walaupun mereka menolak ajakan kita, ianya
dilakukan dengan penuh beradab dan sopan santun.
2.Cuba
mulakan dengan menyebut perkara-perkara yang baik dan yang boleh mendatangkan
ketenangan pasal Islam. Contohnya pasal syurga,pahala, dan sebagainya.
Sebaliknya jangan terus bangkitkan pasal dosa, neraka, tak boleh makan daging
khinzir, dan lain-lain. Gunakan pendekatan psikologi dakwah dalam menarik minat
mereka untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Islam.
3.Masyarakat ini amat menghormati kita. Mereka juga menganggap seolah-olah
kita berada di tahap yang lebih tinggi dari mereka.Jadi, kita perlu bijak
bertindak supaya jurang yang mereka anggap wujud antara kita dan mereka dapat
dibuang dan dikikis dari pemikiran. Bila mereka merasakan diri kita semakin
dekat dengan mereka,mudahlah kita nak menyampaikan mesej dakwah pada mereka.
Biasakan diri menyebut ungkapan ini: ‘kita semua ni sama sahaja,takde
perbezaan’.
4.Elakkan
daripada melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berkecil
hati.Contohnya, kita mengatakan rumah mereka buruk ke, menunjukkan reaksi yang
kurang senang bila menziarah rumah mereka, atau tidak mahu bersalam dengan
mereka atas alasan tangan mereka kotor. Sikap seperti ini mesti dielakkan kalau
kita nak mereka menerima dakwah kita.
5. Jangan
terlalu syadid. Maksudnya disini, jangan terlalu bersikap keras dengan mereka.
Dalam kalangan masyarakat mereka ni,biasanya yang sudah memeluk Islam pun masih
kurang lagi dari segi penghayatan Islam. Contohnya, cara berpakaian. Jangan
pulak terus marah mereka andai kata ada yang tidak bertudung. Fokus pada akidah
dan pegangan terlebih dahulu. Lepas tu,baru la tegur dan ajar sikit-sikit pasal
tu.
6.Cuba melakukan sesuatu perbuatan yang diorang suka. Contohnya, jika
diorang suka tangkap ikan ke, masuk hutan ke,cuba ikut diorang sekali. Pada
waktu petang pulak, jika diorang adakan acara sukan seperti sepak takraw, atau
bola sepak, kita patut ikut sama.Kadang-kadang, dia akan ajak kita buat tarian
sewang. Jadi, jangan pulak menolak dengan alasan malu atau sebagainya. Lagipun
tiada salah kalau kita sama-sama bersewang dengan mereka. Menarik dan
menggembirakan.Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka dengan kita.
7.Lagi satu, biasanya di rumah mereka ada binatang peliharaan seperti
anjing, dan sebagainya. Jadi, elakkan diri kita daripada menunjukkan rasa takut
terhadap haiwan tersebut (walaupun memang sebenarnya kita takut). Cuba wat muka
tenang, rilek, dan selamba je. Jangan bimbang,kalau tersentuh pun, boleh
disamak. Takde masalah kan??Demi dakwah..(^_^)
8. Last but
not least, pastikan kita berhikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam ertikata
ucapan yang selari dengan tindakan. Jangan jadi orang yang cakap tak serupa
bikin. Kita suruh orang asli solat, tapi kita sendiri yang tak bangun solat
subuh. Ni la diantara permasalahan yang amat perlu dititikberatkan jika kita
nak dakwah kita tu berjaya.
Semoga garis panduan yang telah diberikan ini sedikit sebanyak memberi
informasi dan panduan yang berguna buat kita. Apa yang penting, berusahalah
dalam menyampaikan dakwah. Kita sekadar menyampaikan.Soal ianya diterima atau
sebaliknya, terletak pada tangan Allah untuk menentukan. Tiada yang lebih
menggembirakan selain dari mendengar mereka melafazkan syahadah...